Akaun yemenkasih.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

MENDERITA KEKURANGAN NUTRISI

BEKALAN SUSU FORMULA DIPERLUKAN SEGERA!




Yaman kini berdepan dengan krisis kebuluran terburuk di mana hampir 2.3 juta kanak-kanak di Yaman berusia bawah 5 tahun menderita  masalah kesihatan akibat kekurangan nutrisi.

Kekurangan sumber makanan dan harga bahan makanan yang semakin tinggi akibat krisis kemanusiaan yang melanda Yaman sejak 7 tahun yang lalu memburukkan lagi keadaan.




Bayangkan tuan puan, tubuh anak-anak ini menjadi sangat kurus kering dan tidak bermaya akibat menderita Acute Malnutrition akibat tidak mendapat gizi makanan yang mencukupi.





Lihatlah fizikal mereka, sangat kurus sehingga kelihatan rangka tulang. Lebih parah lagi, sekiranya mereka tidak mendapat nutrisi yang sepatutnya diperlukan tubuh, kanak-kanak ini berisiko meninggal dunia jika berada di tahap yang kritikal. 


Atas tanggungjawab sesama muslim, Kami di Pertubuhan Yemen Kasih Malaysia ingin mengajak anda untuk bersama-sama kami membantu membekalkan susu formula buat anak-anak Yaman.




Ayuh! kita tunjukkan sokongan dan prihatin dengan nasib yang menimpa anak-anak Yaman.

InsyaAllah sokongan anda dapat selamatkan nyawa anak-anak kecil ini. Anda mampu mengubahnya!


AYUH SELAMATKAN NYAWA MEREKA! 


Anda boleh pilih pakej di bawah untuk taja bantuan susu buat mereka


✅ PAKEJ 2 TIN : RM100 (Keperluan Sebulan)

✅ PAKEJ 1 TIN (900gm) : RM50

✅ PAKEJ 1 TIN (400gm) : RM25 

✅ PAKEJ IKHLAS : RM30

✅ PAKEJ SERENDAH RM10


Ayuh tuan puan, kanak-kanak yang masih kecil ini, mereka berhak untuk hidup dalam keadaan sihat sama seperti kanak-kanak di usia mereka.

Sumbangan anda bukan sahaja mampu menyelamatkan nyawa anak-anak kecil ini, malah dapat meringankan beban keluarga di Yaman yang tidak berkemampuan. 




" Allah Sentiasa Menolong Hamba-Nya Selama Mana Hamba-Nya Menolong Saudaranya.."